Aksi atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (kiri) ketika menentang peserta Vietnam Huynh Hoang Phi pada final acara elit bawah 54 kilogram lelaki di Hanoi pada 22 Mei 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Atlet Muay Thai negara tumbangkan lawan dalam 70 saat

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib hanya memerlukan 70 saat untuk menewaskan wakil Rusia Shamil Adukhov, pada aksi One Fight Night berlangsung di Bangkok, Thailand pagi tadi.

Ahmad Nor Iman Alif, 21, bertindak unggul mengenepikan cabaran lawannya itu seawal pusingan pertama dalam kategori catchweight, dengan keputusan knockout (KO) sekali gus melebarkan rekod kemenangan 7-2 dalam sembilan perlawanan, sejak bersaing di bawah ONE Championship.

Terdahulu pada perlawanan berlangsung di Stadium Lumpinee, kemenangan Ahmad Nor Iman Aliff terlakar selepas berjaya menahan asakan daripada Adukhov sebelum pantas melepaskan dua tumbukan ke bahagian kepala lawannya.

Dua tumbukan tersebut sudah cukup menidakkan kebangkitan Adukhov yang tidak dapat meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan buat petarung negara.

– BERNAMA


Pengarang :