Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir di daerah Matu, Sarawak pada 10 Februari 2025. Foto Facebook APM Sarawak
AGENDANASIONAL

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah makin menurun

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Di SARAWAK, PPS Dewan Masyarakat Beluru dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong Beluru ditutup 5 petang tadi dengan kesemua 202 mangsa kembali ke kediaman masing-masing.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan berkurangan kepada 84 orang daripada 21 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 107 orang daripada 29 keluarga pada 4 petang tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan masih dibuka,” menurut jawatankuasa itu.

— BERNAMA


Pengarang :