SHAH ALAM, 12 FEB: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah serta Kuala Lumpur dijangka alami cuaca sama.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.