Orang ramai menyertai sukan rakyat pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Lebih 1,000 penduduk hadir program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya

SHAH ALAM, 9 FEB: Lebih 1,000 komuniti bandar raya Subang Jaya hadir memeriahkan Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang, semalam.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Facebook berkata kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadikan edisi pertama HTKSJ tahun ini berlangsung lebih meriah.

Lukisan mural di Tasik Sri Serdang pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.

“Lebih 1,000 komuniti bandar raya hadir memeriahkan program HTKSJ 2025 di Taman Tasik Sri Serdang! Edisi kali ini lebih istimewa dengan kolaborasi MBSJ & UPM,” menurut pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut MBSJ, kerjasama itu juga menampilkan sentuhan seni mural di Tasik Sri Serdang bagi menambah keindahan kawasan serta menceriakan suasana sekitar.

“Pelbagai aktiviti menarik seperti fiesta sarapan pagi, pemeriksaan kesihatan percuma, Eco Free Market, Sukan Rakyat Tradisional & Explorace “Kenali & Hapus Denggi.

Pertunjukan cara pemadaman kebakaran kecil oleh pihak bomba pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.

“Turut diadakan pameran dari pelbagai agensi serta demonstrasi RC Helicopter, Anjing Pengesan K9 & pemadaman kebakaran kecil oleh JBPM,” katanya lagi.

MBSJ juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah dan penghargaan atas sokongan penduduk.

“Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah dan teruskan sokongan anda dan jumpa lagi di #HTKSJ bulan Mei nanti!” katanya.

Pertunjukan Anjing Pengesan K9 pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.

 


Pengarang :