Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Selangor di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid Negeri pada 04 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Selangor buka tirai, dirasmi MB

SHAH ALAM, 4 FEB: Dato’ Menteri Besar merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari  dalam ucapannya mendoakan agar semua peserta berjaya mengalunkan bacaan dengan penuh tartil dan kemahiran serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

“Saya mendoakan peserta tilawah dan hafazan al-Quran sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap usaha mereka.

Peserta tilawah al-Quran mengalunkan bacaan pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Selangor di Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid Negeri pada 04 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Semoga berjaya mengalunkan bacaan dengan penuh tartil dan kemahiran serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat dalam mendalami, menghafaz, dan menghayati isi kandungan al-Quran,” katanya.

Majlis yang berlangsung selama empat hari sehingga 7 Februari nanti menyaksikan seramai 17 peserta tilawah (10 qari dan 7 qariah) dan 35 peserta hafazan memperlihat bakat dalam bidang seni al-Quran dan hafalan.

Peserta yang berjaya bakal mewakili Selangor untuk bertanding di peringkat kebangsaan di Perlis yang dijadual berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei depan.

Terdahulu, mengiringi Amirudin ialah Setiausaha Kerajaan Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.


Pengarang :