SHAH ALAM, 26 MAC: Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Kuala Langat pada 29 hingga 31 Mac dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.6 meter.
Berikutan itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menasihatkan orang ramai mengelak aktiviti riadah dan rekreasi di kawasan pantai serta peka dengan perubahan alam sekitar.
Berdasarkan perkongsian infografik, paras ketinggian air laut mencecah 5.5 meter pada 29 Mac bermula jam 6.26 petang manakala 30 dan 31 Mac pula dijangkakan setinggi 5.6 meter.
Orang ramai dinasihat terus berwaspada dan memantau keselamatan ahli keluarga dan harta benda.
Sekiranya berlaku kecemasan, boleh hubungi talian Skuad Pantas MPKL di talian 012-3004256 atau hotline aduan 012-3004130.