AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Petaling, Gombak, KL hingga 4 petang

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam,Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 4 petang.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :