AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 23 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Klang dan Kuala Langat hingga 4 petang.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di Kelantan, Pahang dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :