Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh bergambar bersama ahli majlis pada Program Sumbangan Prihatin Ziarah Warga Tertua @ Orang Asal Sempena Aidilfitri 2025 di Jalan Tegas Padang Jawa, Kampung Padang Jawa, Klang pada 25 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR
PBTSELANGOR

MBSA santuni warga emas, penduduk asal Shah Alam

SHAH ALAM, 25 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni warga emas dan penduduk asal di Kampung Padang Jawa di sini, menerusi program sumbangan sempena Aidilfitri.

Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh berkata pihaknya mengenal pasti lima lokasi kampung tradisi bagi menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima.

“Sumbangan ini merupakan salah satu program kemasyarakatan bagi merapatkan hubungan perpaduan dan silaturahim antara MBSA dan masyarakat.

“MBSA juga berharap sumbangan ini dapat mempromosi kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan warga Shah Alam terutamanya komuniti setempat untuk membantu golongan memerlukan,” katanya.

Terdahulu beliau menziarahi dan menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan duit raya kepada tiga penerima di Kampung Padang Jawa di sini, hari ini.

Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Suraman Mohd Shaher pada Program Sumbangan Prihatin Ziarah Warga Tertua @ Orang Asal Sempena Aidilfitri 2025 di Jalan Tegas Padang Jawa, Kampung Padang Jawa, Klang pada 25 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR

Lima kampung tradisi yang dikenal pasti iaitu Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh; Kampung Padang Jawa di Seksyen 16, dan Kampung Jalan Kebun di Seksyen 30.

Selain itu Kampung Bukit Naga, Seksyen 32 serta Kampung Sungai Kandis dan Kampung Teluk Menegun di Seksyen 36.


Pengarang :