Pengarah Operasi Negeri Seksyen Audit Cukai Syarikat LHDN Selangor (lokaliti Shah Alam) Shahrul Niza Bishahrin (dua, kiri) bersama Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud (dua, kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk KDEBWM X LHDN 2025 di Plaza Perangsang, Seksyen 14, Shah Alam pada 20 mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.
AGENSISELANGOR

Semarak Ramadan bersama masyarakat, KDEBWM, KPS, LHDN agih bubur lambuk

SHAH ALAM, 20 MAC: Sebanyak 2,500 pek bubur lambuk akan diagih kepada masyarakat sekitar Seksyen 14 di sini menerusi Program Bubur Lambuk Cinta Ramadan, hari ini.

Pengarah Operasi Negeri Seksyen Audit Cukai Syarikat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Selangor (lokaliti Shah Alam) berkata program dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) bertujuan berkongsi rezeki bersama masyarakat serta kakitangan syarikat terlibat.

“Selain kakitangan syarikat terlibat, bubur lambuk akan turut diagihkan kepada surau sekitar Shah Alam yang mana ini menjadi tradisi tahunan hasil kerjasama antara agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” kata Shahrul Niza Bishahrin ditemui pada program berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud berkata, pihaknya menyumbang RM4,000 sebagai sebahagian daripada insiatif tanggungjawab korporat (CSR) syarikat itu.

“Kita diperuntukkan 600 bekas yang akan diagihkan kepada warga kerja KDEBWM, KDEB ICI, Media Selangor, Sinar Harian dan warga sekitar.

“Diharap program ini akan dapat merapatkan kerjasama dan silaturrahim antara agensi yang bekerjasama selain berkongsi rezeki lebih berkat di bulan Ramadan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 80 kakitangan syarikat terlibat bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sejak jam 9 pagi.

Sukarelawan memasak bubur lambuk sempena Program Bubur Lambuk KDEBWM X LHDN 2025 di Plaza Perangsang Seksyen 14, Shah Alam pada 20 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.

Pengarang :