i/
suluk di gua hira
dingin berkesiur
cahaya bersayap mendekap
dengan kalimat Tuhan
mengajarkan iqra
dipelukan padusi
gementarnya ditenangi
cinta menggurui
ii/
subuh di kufah
tendas imam ditetak
darah menggenang
lubangan tempurung
sekubit engkar
enggan meludahi diri
sewujud huffaz
gending tangis
anak-anak yatim berdesingan
meratap bapa kematian.
Nur Cahya