AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di KL, Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat melanda hampir Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 1 pagi.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Pahang , Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :