NASIONALPBT

Pasang bahan kempen sebelum PRU14 di bawah kuasa PBT

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 23 MAC: Pemasangan bendera dan bahan kempen sebelum bermulanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukannya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya,Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, tindakan terhadap pemasangan semua bentuk bahan kempen yang wujud kerana proses pilihan raya belum lagi bermula, pada masa ini.

“SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan poster atau bendera diturunkan kerana kuasa yang diperuntukkan kepada SPR hanya boleh dikuatkuasa ketika tempoh rasmi kempen pilihan raya, selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Tempoh rasmi kempen pilihan raya hanya bermula pada hari penamaan calon dan berakhir pada tengah malam, sebelum hari mengundi.

“Justeru itu, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua peraturan dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan oleh PBT dan mana-mana pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan serta keharmonian masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :