SUKANKINI

Juara Bundesliga sah milik Bayern Munich buat kali keenam berturut-turut

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 8 APR: Bayern Munich menjulang kejuaraan Bundesliga buat kali ke-28 selepas menewaskan Augsburg 1-4 semalam.

Bagaimanapun, pemain Bayern Niklas Suele memberikan kelebihan kepada Augsburg apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-18.

Corentin Tolisso menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan buat Bayern pada minit ke-32.

James Rodriguez menjadikan Bayern kembali di hadapan pada kedudukan 1-2 di minit ke-38.

Masuk babak kedua, Arjen Robben terus memastikan kedudukan selesa buat Bayern apabila meledak jaringan ketiga di minit ke-62.

Malam gemilang Bayern disudahkan Sandro Wagner bagi gol keempat di minit ke-87 sekaligus mengesahkan kejuaraan kali keenam berturut-turut dengan 72 mata, perbezaan 20 mata di hadapan Shalke 04 di tangga kedua.

Kredit Foto: Bayern Munich

 


Pengarang :