EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Ringgit tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan peniaga terus optimis, menjelang pengumuman Belanjawan 2019 yang dijadualkan pada petang ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1720/1760 berbanding dolar US daripada 4.1770/1820 pada Khamis.

Peniaga berkata harga minyak terus merosot hari ini, dengan tanda-tanda bekalan meningkat dan kebimbangan mengenai permintaan yang mungkin rendah berikutan unjuran ekonomi global yang perlahan.

Pada 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent dicatatkan pada US$72.58 setong.

Sementara itu, ringgit, diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0296/0329 daripada 3.0270/0318 pada Khamis dan merosot berbanding euro kepada 4.7548/7606 daripada 4.7530/7595.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.4203/4275 daripada 5.3908/3977 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.6986/7031 daripada 3.6968/6015.

SUMBER: BERNAMA

 


Pengarang :