SUKANKINI

PL: Mo Salah pastikan Liverpool kekal di puncak

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 13 JAN: Jaringan penalti penyerang, Mohamed Salah sudah cukup untuk memastikan Liverpool mengutip tiga mata penuh bagi mengekalkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Brighton & Hove Albion, 0-1.

The Reds yang tewas dua perlawanan kepada Manchester City dalam saingan liga dan tersingkir dari saingan Piala FA, di tangan Wolverhampton Wanderers dilihat bergelut pada babak pertama dalam usaha meraih jaringan awal.

Peluang terbaik Liverpool hanya muncul pada babak kedua selepas tindakan solo Salah membawa bola ke dalam kotak penalti akhirnya memerangkap pemain tuan rumah apabila Pascal Gross menjatuhkannya.

Pengadil, Kevin Friend tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan sendiri Salah, pada minit ke-50.

Pasukan tuan rumah tidak berputus asa dalam mencari jaringan penyamaan tetapi gagal menembusi perangkap ofside yang diketuai pertahanan Liverpool, Virgin Van Dijk.

Keputusan 0-1 itu kekal menyaksikan skuad bimbingan Jurgen Klopp terus memimpin liga dengan 57 mata selepas 22 perlawanan.

Kredit Foto: Premier League


Pengarang :