Dong Zhen Temple menjadi salah satu lokasi utama dan terbesar bagi sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, di Jenjarom, Selangor.
Pengunjung dari dalam dan luar negara dapat menikmati keunikan perlbagai dekorasi menarik sepanjang kunjungan mereka ke sana.
Jurufoto SelangorKini turut berkesempatan merakam gambar menarik ketika berada di sana.
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama replika patung comel yang terdapat di sana | HAFIZ OTHMAN
Han, 9 bersama adiknya teruja melihat keunikan kepala singa yang dipamerkan | FIKRI YUSOF
Yap, 37 memeriksa keadaan tanglung yang tergantung di sepanjang kawasan pintu masuk di sana | FIKRI YUSOF
Uncle Li, 65 duduk menikmati keindahan dekorasi warna-warni di sekitar kawasan itu | ASRI SAPFIE
Tanglung gergasi dihiasi dengan 12 zodiak cina turut menarik perhatian pengunjung | HAFIZ OTHMAN
Replika teratai gergasi pelbagai warna turut menjadi pilihan hiasan utama di sana | HAFIZ OTHMAN
Adik Ai, 10 meletakkan lilin berbentuk teratai merah muda simbolik kesucian dan penghormatan dalam kepercayaan masyarakat cina sambil ditemani ibunya | FIKRI YUSOF
Chen, 25 menggantungkan ‘Lucky Charm’, berharap dapat memberikan nasib yang baik dalam kehidupan beliau | ASRI SAPFIE