EKONOMINASIONAL

Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS pada pembukaan

KUALA LUMPUR, 1 JUL: Ringgit meneruskan pengukuhan positif dan dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan pencapaian positif pada mesyuarat G-20, kata rakan pengurusan Vanguard, Stephen Innes.

Pada 9.22 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1255/1300 berbanding 4.1300/1350 pada penutupan Jumaat.

Mata wang tempatan dibuka pada 4.1260/1290 pagi ini.

Innes berkata ringgit serta mata wang anggota ASEAN didagangkan tinggi, selari pencapaian positif yang dicapai berkaitan perang perdagangan.

“Jualan dolar US berbanding ringgit boleh dipertingkat, terutama pasaran kini menjejaki keputusan Rizab Persekutuan US (Fed) yang memihak kepada kadar faedah rendah,” katanya dalam e-mel kepada Bernama.

Beliau berkata mata wang ASEAN kekal sebagai penerima manfaat besar daripada kelegaan dalam situasi perang dagang dan pelonggaran dasar Fed.

“Jika Fed meneruskan penurunan 50 mata asas pada Julai dan, tanpa peningkatan dalam perang perdagangan, yang besar jika, boleh didagangkan ke paras 4.08 apabila sentimen risiko meningkat, dan usaha untuk meraih pulangan akan berlaku. Ringgit akan memperoleh manfaat daripada kedudukan ini,” katanya.

Ringgit lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain pada pembukaan.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0497/0524 daripada 3.0520/0568 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8112/8147 daripada 3.8354/8412.

Ringgit tinggi berbanding pound kepada 5.2351/2405 daripada 5.2352/2419 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6838/6889 daripada 4.7012/7085. – BERNAMA


Pengarang :