AGENSISELANGOR

Kerja ganti paip pecah KM6.6 Lebuhraya Persekutuan siap sepenuhnya

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerja pembaikan dan penggantian paip pecah di KM6.6 Lebuhraya Persekutuan siap sepenuhnya dan bekalan mula dibuka jam 5.00 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja pengemasan di tapak bagi membuka ‘Sheet Pile’ (dinding penahan), menimbus dan menurap dilaksanakan sebelum lorong – lorong lebuhraya yang ditutup dapat dibuka semula untuk laluan kenderaan.

“Air Selangor ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia, Lebuhraya SPRINT, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta semua yang terbabit dalam memberikan bantuan sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan ini dijalankan.

“Pihak kami juga ingin mohon maaf atas segala kesulitan terutama kepada pengguna-pengguna Lebuhraya Persekutuan di atas insiden yang tidak dijangkakan ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1 Ogos lalu, dua kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah di KM6.6 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Kolam Air Pantai Kompleks.

Penutupan bekalan air sementara dan tidak berjadual terpaksa dilakukan bagi pelaksanaan kerja pembaikan iaitu Seksyen 11 dan 16 serta Jalan Pantai Baharu juga Lingkaran Syed Putra Wilayah Kuala Lumpur.


Pengarang :