FUKUOKA (Jepun), 7 OGOS: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat pusat seni digital interaktif teamLab Future Park, di sini hari ini.
Beliau meluangkan masa kira-kira sejam di pusat berkenaan yang terletak di Canal City Hakata, untuk meneroka pameran interaktif dan teknologi di sebaliknya.
Beliau turut diberi taklimat dan penerangan semasa lawatan oleh pengasas teamLab Toshiyuki Inoko.
Dr Mahathir berada di Fukuoka untuk lawatan kerja dua hari mulai Rabu.
-BERNAMA