Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di Plaza Shah Alam Sabtu ini

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 21 OKT: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di pekarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, pada 26 Oktober (Sabtu) ini, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan pejabat tersebut akan dibuka bermula jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

“SAOW merupakan landasan yang diwujudkan oleh MBSA bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu datang ke kaunter pembayaran MBSA.

“Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan,” katanya.

Pihak majlis berharap melalui usaha ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA bagi manfaat orang ramai.

Jika orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan mereka boleh menghubungi nombor di talian 013-338 0551.


Pengarang :