Exco Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Khairuddin Othman melepaskan peserta larian Fun Run pada program Retro Fun Run 2019 di Perkarangan Stadium Shah Alam, Seksyen 13. 2 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.
EXCOSELANGOR

Karnival SYR dekati belia Selangor

SHAH ALAM, 2 NOV: Karnival Selangor Youth Revival (SYR) berjaya menarik perhatian golongan belia untuk menyertai aktiviti sukan larian dan berbasikal.

Seramai 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara iRun Retro dan 600 peserta berbasikal yang bermula di Perkarangam Stadium Malawati, di sini.

Acara pelepasan peserta disempurnakan EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Mohd Khairuddin berkata, karnival ini merupakan acara terbesar untuk kumpulan belia di Selangor yang membabitkan elemen sukan, hiburan dan rekreasi.

“Karnival ini bukan sahaja membabitkan acara larian dan berbasikal, kita juga ada acara sukan lain seperti skateboard dan e-sukan.

“Kerajaan Negeri mengambil berat dan mendekati semua pihak termasuk golongan belia,” katanya.

Di samping itu, pameran kerjaya turut dilangsungkan pada program yang berlangsung sehingga esok, 3 November bagi membuka ruang golongan belia meneroka peluang pekerjaan dengan kerjasama Jobs Malaysia.


Pengarang :