Datuk Bandar Majlis MBPJ, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar semasa merasmikan Medan Pasar SS2 yang selesai dinaik taraf baru-baru ini. Foto MBPJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Medan Pasar SS2 beroperasi semula

SHAH ALAM, 11 FEB: Medan Pasar SS2 di Petaling Jaya yang menawarkan 182 petak niaga dibuka semula selepas dinaik taraf sejak November tahun lalu, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata medan pasar itu kini berbumbung, dilengkapi sistem pengumpulan air hujan dan kipas.

“Semua kemudahan itu bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga selari hasrat MBPJ meningkatkan imej gerai di kawasan ini,” katanya ketika merasmikan pasar itu dan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat MBPJ baru-baru ini.

Pada majlis itu, Mohd Sayuthi turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM250 kepada 50 golongan kurang berkemampuan.


Pengarang :