Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bantuan nafkah khas dipercepat susulan perintah kawalan

SHAH ALAM, 10 MAC: Bantuan nafkah khas kepada ibu tunggal dipercepatkan bagi membantu mereka yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program kendalian Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sudah dilaksanakan sebelum ini untuk membantu ibu tunggal yang sedang dalam proses tuntutan nafkah.

“Kerajaan Negeri sedia mengkaji untuk mengembangkan (bantuan) jika ada keperluan termasuk ibu tunggal dan golongan lain yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Covid-19 Selangor di sini hari ini.

Semalam, EXCO Kebajikan Dr Siti Mariah Mahmud mengumumkan permohonan bantuan nafkah khas kepada ibu tunggal dibuka sehingga 15 April dengan menetapkan beberapa syarat.


Pengarang :