Petugas Kementerian Kesihatan kelihatan membuat bancian serta mengarahkan setiap penghuni rumah perlu membuat saringan Covid-19 setelah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 kembali dua digit, rakyat Selangor jangan cuai

SHAH ALAM, 14 MEI: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini naik semula dua digit selepas lima hari berturut-turut mencatatkan satu angka.

Sebanyak 14 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 1,627 kes.

“Sekiranya cuai atau culas, semua kebebasan (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai) boleh ditarik balik jika ada jangkitan baharu,” kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor di Twitter.

Bermula 10 Mei hingga semalam, Selangor berjaya mengekalkan satu digit kes baharu wabak.

Pada 10 Mei, Selangor merekodkan lapan kes, tiga kes pada 11 dan 12 Mei, dua kes kelmarin dan satu kes semalam.


Pengarang :