Mesyuarat Pakatan Harapan (PAKATAN) bersama Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal dipengerusikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat KEADILAN pada 9 Jun 2020. Foto FB Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Perbincangan sesama pemimpin PAKATAN tunjuk kemajuan positif

SHAH ALAM, 9 JUN: Pimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan mesyuarat hari ini menunjukkan kemajuan positif apabila bakal memuktamadkan hala tuju politik parti dalam tempoh seminggu.

Kenyataan itu memaklumkan mesyuarat PAKATAN bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal menyaksikan perbincangan secara menyeluruh berhubung pendirian setiap parti.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” katanya.

ia adalah kenyataan bersama dibuat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Dr Mahathir dan Shafie yang dikeluarkan sejurus mesyuart tersebut.

Mesyuarat berlangsung kira-kira tiga jam dipengerusikan Anwar di ibu pejabat KEADILAN.


Pengarang :