Pengguna Bas Smart Selangor memakai pelitup muka ketika tinjauan SelangorKini di perhentian bas Bandar Baru Ampang pada 3 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Catat dua kes baharu Covid-19, Selangor kekal bawah angka lima

SHAH ALAM, 25 JUN: Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini dan mengekalkan rekod tidak lebih lima kes selama lima hari berturut-turut.

Mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) kes tertinggi dilaporkan semalam iaitu lima selepas tiada kes kelmarin manakala dua pada 22 Jun dan empat (21 Jun).

“Tiada sebarang perubahan demografi zon kes aktif pada hari ini namun Selangor mencatatkan kes baharu tidak melebihi angka lima selama lima hari berturut-turut. Tahniah warga Selangor!

“Demi memastikan momentum positif ini terjaga, penduduk perlu terus berdisiplin mengamalkan norma baharu, jangan langgar tatacara operasi piawai (SOP) serta saling berpesan-pesan supaya boleh bertanggungjawab antara satu sama lain,” katanya menerusi Facebook.

STFC memaklumkan 37 mukim berada dalam zon hijau, 19 zon kuning dan sifar zon merah.

Kementerian Kesihatan menetapkan sesuatu kawasan sebagai zon merah jika kes lebih 41, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) manakala zon hijau sifar kes.


Pengarang :