Petugas Dewan Negeri Selangor dan media melakukan saringan Covid-19 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 7 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM kesan tiga kluster baharu, punca kes import

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster tersebut ialah Kluster Elsa, Kluster PUI Ramnad dan Kluster PUI Al Khobar.

Menurut Dr Noor Hisham ketiga-tiga kluster itu merupakan penularan di dalam negara yang berpunca daripada kes import.

“KKM menggesa pengembara yang pulang ke Malaysia dan sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah untuk mematuhi sepenuhnya kepada syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut perincian kluster baharu:

1) Kluster Elsa
-Membabitkan seorang warga asing merupakan kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan menaiki kapal terbang dari Filipina dan transit di Korea.
– Beliau masuk ke Malaysia pada 16 Julai untuk mula bekerja.
– Saringan Covid-19 di Filipina pada 14 Julai negatif kemudian menaiki kapal terbang ke Kuantan dan kuarantin di kapal selepas mendapat kelulusan Jabatan Laut.
– Lima hari kemudian mula alami gejala dan dimasuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Pahang.
-Saringan kontak rapat ke atas 108 orang, tiga dikesan positif, 48 negatif, 57 masih menunggu keputusan.

2) Kluster PUI Ramnad
-Seorang warganegara Malaysia pulang ke Malaysia dari India pada 6 Julai.
– Saringan di pintu masuk KLIA negatif dan mula alami gejala ringan pada 19 Julai kemudian disaring kali kedua didapati positif serta dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
-Saringan kontak rapat terhadap enam ahli keluarga dan 12 penumpang pesawat. Dua positif, 13 negatif, tiga tunggu keputusan.

3) Kluster PUI AI Khobar
-Seorang rakyat tempatan baru pulang dari Arab Saudi pada 10 Julai. Saringan Covid-19 di KLIA negatif.
– Individu tersebut mula alami gejala pada 18 Julai.
-Tujuh individu yang merupakan kontak rapat telah disaring. Satu dikesan positif, enam negatif.


Pengarang :