Suatu hari aku hadir
sebagai musim bunga
sari-sari bunga
jatuh ke tanah gersang
membasahkan
kerak-kerak bumi
menumbuhkan
pohon-pohon asmara
merimbun kerana rindu
di fikiranmu sudah seperti
kota Osaka penuh sakura
sekarang musim apa di kota fikiranmu?
Shidanray