AGENDANASIONAL

RM200 juta laksana projek tangani pencemaran air

SHAH ALAM, 30 OKT: Sebanyak RM200 juta diperuntuk untuk mengatasi isu pencemaran air mentah di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek yang bermula tahun ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

“Semua projek itu diyakini mampu mengurangkan sehingga 90 peratus risiko henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 termasuk LRA Rantau Panjang serta LRA Semenyih 1 dan 2,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Projek itu meliputi:

– Projek perintis rawatan biologikal bagi pemuliharaan kualiti air Sungai Gong

– Pemantauan dan pengawasan 24 jam melalui Skuad Pantas di kawasan sensitif sumber air

– Menambah bilangan stesen telemetri kualiti air bagi sistem amaran awal di hulu muka sauk berisiko

– Projek pengepaman air mentah dari kolam takungan Hybrid Off River Augmentation Storage (Horas) 600 di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih


Pengarang :