Keadaan jalan raya yang mendap seluas kira-kira 30 meter persegi berlaku di Jalan Klang-Banting berhampiran lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting yang dikesan berlaku kira-kira 3 petang pada 20 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

RM170 juta tingkat jaringan jalan raya

SHAH ALAM, 30 OKT: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menerima RM170 juta bagi meningkatkan sistem jaringan jalan raya dan merapatkan jurang antara daerah, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM8.1 juta disalurkan bagi pembinaan jambatan dan jejantas di lokasi berikut:

-Jambatan Rantau Panjang, Kuala Selangor
-Jambatan Sungai Kundang, Gombak
-Jambatan Kampung Sungai Buah, Sepang
-Jambatan di atas Sungai Serigala
-Jalan Hulu Bernam-Sungai Besar, Hulu Selangor

“Sebanyak RM36 juta pula disediakan untuk menampung kerja-kerja pembinaan jalan baharu yang sedang berjalan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Kerajaan Negeri juga menyediakan RM103.4 juta untuk menaik taraf jalan, iaitu RM80 juta bagi projek peringkat pembinaan, manakala RM23.4 juta pula bagi cadangan naik taraf baharu. Lokasi terbabit ialah:

-Jalan Bukit Rimau, Klang (pakej satu)
-Jalan Telok Gong dari persimpangan Glenmarie Cove ke persimpangan Jalan Ikan Tenggiri (pakej satu)
-Jalan Reko, Hulu Langat (pakej dua)
-Jalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Tanjung Karang, Kuala Selangor
-Jalan Sungai Panjang dari persimpangan Jalan Kuala Selangor-Telok Intan ke Parit Empat Timur, Sabak Bernam

Amirudin turut mengumumkan beberapa cadangan jajaran baharu dan alternatif yang diluluskan peruntukkannya mengikut Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu:

-Naik taraf Jalan Utama Seri Cheeding ke Interchange Gamuda Cove, Kuala Langat (pakej satu)
-Naik taraf Jalan Terusan Utama sehingga ke Jalan Raja Musa, Tanjong Karang
-Membina dan naik taraf laluan Persiaran Bunga Raya ke Jalan Widuri, Bukit Beruntung, Hulu Selangor
-Membina laluan hijau ke Bandar Baru Selayang

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan masing-masing RM1 juta untuk melaksanakan kajian cadangan projek naik taraf jalan dan kerja pembaikan cerun, serta memperluaskan sistem pemantauan lampu isyarat menggunakan peralatan internet.


Pengarang :