Pengarah Eksekutif Solar Alert Sdn Bhd, Dato’ Ismail Salleh menyerahkan sumbangan bagi pembinaan Kompleks Anak Yatim Yide kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Mohd Salim Mohamed Sain pada 29 Disember 2020. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Yide terima RM100,000 untuk bina kompleks anak yatim

SHAH ALAM, 30 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menerima sumbangan RM100,000 daripada Solar Alert Sdn Bhd bagi pembinaan kompleks anak yatim di Pulau Indah, Klang, dekat sini.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan sehingga kini telah berjaya mengumpul sebanyak RM6.80 juta hasil dapatan daripada agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat korporat dan pihak awam.

“Terima kasih di atas sumbangan kalian, semoga kompleks anak yatim ini dapat direalisasikan satu hari nanti. Kita turut mengalu-alukan agar lebih ramai tampil untuk menderma,” katanya.

Pada majlis itu, sumbangan tersebut diserahkan Pengarah Eksekutif Solar Alert Sdn Bhd, Dato’ Ismail Salleh kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yide, Mohd Salim Mohamed Sain.

Orang ramai juga boleh menderma menerusi landasan digital Shopee dengan membuat pembelian baucar RM10 dan RM50.

Sumbangan sama boleh disalurkan ke akaun Yide (Bank Islam: 1223 40100 07330) atau secara dalam talian di Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim atau melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) atau aplikasi e-dompet Touch n Go dan Snap and Pay.


Pengarang :