Orang awam keluar dari Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas menunaikan solat Jumaat pada 26 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

PKP: Jais tangguh solat Jumaat, fardu di masjid dan surau

SHAH ALAM, 12 JAN: Selangor menangguh solat Jumaat dan fardu berjemaah di masjid serta surau susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagaimanapun berkata lima petugas dibenar mendirikan solat Jumaat dan fardu di rumah ibadat.

“Penangguhan solat Jumaat melibatkan 425 masjid dan 278 surau kebenaran sehingga diberitahu kelak.

“Arahan penangguhan solat fardu berjemaah juga melibatkan jumlah masjid sama dan 2,025 surau,” kata Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut dilarang sepanjang tempoh PKP adalah aktiviti kuliah, ceramah dan tazkirah.

“Selain itu pengurusan jenazah boleh dilaksanakan di masjid dan surau namun kehadiran ahli keluarga dihadkan tidak melebihi 10 orang.

“Jumlah ini tidak termasuk petugas pengurusan jenazah serta jawatankuasa rumah ibadat yang bertugas,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Shahzihan meminta pentadbir masjid dan surau membenarkan musafir yang mahu menunaikan solat di ruang disediakan namun perlu dipastikan kemudahan itu tidak disalah guna pihak berkenaan.


Pengarang :