Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

KKM kesan kluster tempat kerja di Hulu Langat, pusat tahanan di Sepang

SHAH ALAM, 17 JAN: Dua kluster baharu dikesan di Selangor membabitkan tempat kerja di Hulu Langat dan pusat tahanan di Sepang, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Jalan Pandan Indah berjaya dikesan hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Jalan Pandan Indah, Kuala Lumpur.

“Seramai 77 individu disahkan positif dan sehingga kini 87 individu disaring,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kluster DTI Sepang 2 pula dilapor pada 3 Januari lalu hasil saringan tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

“Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen yang terletak di Jalan Pekeliling 4, Sepang.

“Sehingga kini, 238 individu disaring dan 80 kes dikesan positif,” katanya.


Pengarang :