Mengambil apa yang ditakrifkan oleh Profesor Linguistik Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Hashim Musa, ‘budi’ ialah akal dan daya fikir untuk memahami sesuatu perkara dan kebolehan untuk berdalil serta menyimpulkannya secara rasional. Ia juga boleh dimaknakan sebagai kepandaian, keupayaan dan kebijaksanaan yang mampu melahirkan seorang yang ‘budiman’. Sebenarnya, perkataan budi memang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu, sehinggalah munculnya perkataan seperti ‘akal budi’, ‘budi pekerti’, ‘balas budi’ dan sebagainya.
Mungkin sebab itu jugalah, seorang cendekiawan ulung Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Za’ba seringkali kali mengangkat ‘budi’ dalam banyak penulisannya. Za’ba juga selalu sahaja menyebut budi yang dikaitkannya dengan agama dan sikap orang Melayu.
Tingkat akal
Ketika Za’ba membincangkan tentang agama, beliau tidak terburu-buru dalam mengajukan hukum agama, mengenai apa yang haram dan tidak, atau apa yang makruh dan harus. Sebaliknya, Za’ba memulakan penulisannya itu tentang persoalan apa itu agama, mengapa perlu didatangkan agama, apakah agama yang sebenar dan peri pentingnya pengetahuan agama.
Berjimat-cermat
Seterusnya, ada satu perkara yang cuba dibawa oleh Za’ba dan hal ini jarang-jarang diperkatakan iaitu tentang berjimat-cermat, yang baginya sangat asing dan sukar diterapkan dalam jiwa bangsa Melayu.
Keluhuran budi
Oleh itu, apa yang diungkapkan oleh Za’ba ini dapat dilihat sebagai satu kesungguhan dalam menyeru orang Melayu tentang peri pentingnya keluhuran budi bagi menjamin kelangsungan bangsa. Za’ba selaku seorang tokoh berjiwa besar, tetap teguh menyeru bangsanya untuk keluar dari penjajahan diri sendiri lewat pemahaman tentang agama, sikap dan cara hidup.