ADN Taman Templer Sany Hamzan (tengah) membantu mengisi petrol salah satu penghantar makanan yang menerima kupon petrol percuma di Petronas BBS Fasa 2A Taman Templer pada 6 Februari 2021. Foto Facebook.
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Taman Templer agih 200 kupon petrol, ringan beban penghantar makanan

SHAH ALAM, 9 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer mengagihkan 200 kupon petrol secara percuma kepada penghantar makanan yang tinggal di kawasan tersebut.

Wakil rakyatnya Sany Hamzan berkata sebanyak RM1,300 diperuntuk melibatkan 200 motosikal berkuasa kecil 150cc ke bawah.

“Selain harga petrol yang semakin meningkat tujuan kita juga adalah untuk membantu meringankan beban penghantar makanan seperti FoodPanda dan GrabFood.

“Malah, segelintir daripada mereka juga ada yang hilang kerja dan terpaksa mencari rezeki begini,” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, DUN Taman Templer sentiasa berusaha menyalurkan bantuan kepada seluruh lapisan masyarakat terutama yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Program agihan kupon petrol diadakan Sabtu lalu di Petronas BBS Fasa 2A di sini dengan kerjasama Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dan Pemuda AMANAH Selangor.


Pengarang :