Seorang kakitangan perubatan menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin, Serdang pada 4 Mac 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Selangor kedua tertinggi terima suntikan vaksin setakat 9 Mac

SHAH ALAM, 10 MAC: Seramai 19,251 individu di negeri ini menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama program imunisasi kebangsaan setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Sarawak kekal merekodkan jumlah tertinggi iatu 27,500 individu manakala Kuala Lumpur 16,887 orang.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, seramai 195,923 individu menerima suntikan tersebut di seluruh negara.

Negeri lain iaitu Pahang mencatat 16,342 individu, Sabah (16,245), Perak (15,881), Johor (15,843), Kelantan (14,185), Kedah (11,638) dan Terengganu (11,261).

Negeri Sembilan pula seramai 8,385 orang, Pulau Pinang (7,781), Melaka (5,365), Perlis (4,158), Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260).

Pada 21 Februari, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari kilang di Belgium.

Selangor menerima 78,000 daripada jumlah tersebut yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan serta diagih secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.

Foto Twitter Vaksin Covid-19 (JKJAV)

Pengarang :