Dato’ Teng Chang Khim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris (kanan) melancarkan Selangor Aviation Show 2021 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor anjur pameran penerbangan sulung Ogos ini

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Invest Selangor Bhd, agensi penggalakan pelaburan asing dan domestik buat julung kali menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 pada Ogos.

EXCO pelaburan berkata program yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos di Skypark Subang menyasarkan sebanyak 30 pempamer dan 5,000 pelawat.

“SAS 2021 menganjurkan pertunjukan udara, seminar, perkongsian idea bersama pemain utama industri penerbangan serta pelbagai program menarik.

Dato’ Teng Chang Khim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris (dua, kanan depan) bergambar bersama penaja selepas melancarkan Selangor Aviation Show 2021 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Penganjuran ini merupakan peluang terbaik kepada pemain industri untuk mengukuhkan jaringan perniagaan,” ucap Dato’ Teng Chang Khim pada Majlis Pelancaran SAS 2021 hari ini.

Pada 30 Oktober tahun lalu, Dato’ Menteri Besar berkata SAS 2021 mengalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa dan menyediakan platform kepada syarikat tempatan serta usahawan industri kecil dan sederhana meneroka bidang itu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu seiring sasaran Selangor sebagai pemain utama aeroangkasa menjelang 2030.

Usaha itu diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Aeroangkasa yang dikendalikan Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Selangor Darul Ehsan (S-DAICO).

Aktiviti pembuatan aeroangkasa di Malaysia mengunjurkan pendapatan RM21.2 bilion, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (RM20.4 bilion) manakala kejuruteraan dan reka bentuk (RM13.6 bilion) pada 2030.


Pengarang :