Datuk Bandar Subang Jaya, Dato’ Johary Anuar (tengah) beramah mesra bersama pengamal media ketika program Ihya’ Ramadan MBSJ di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 25 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ rai pengamal media, anak yatim berbuka puasa

SUBANG JAYA, 26 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meraikan pengamal media pada program Ihya’ Ramadan di Sunway Resort Hotel & Spa di sini semalam.

Datuk Bandar Dato’ Johary Anuar berkata majlis itu merupakan medium bagi menghargai pihak media yang sentiasa membuat liputan dan laporan positif berhubung MBSJ.

“Pada tahun lalu sahaja sebanyak 434 liputan media positif yang dilaporkan mengenai MBSJ iaitu 58 peratus daripada jumlah tersebut adalah berita secara dalam talian.

Datuk Bandar Subang Jaya, Dato’ Johary Anuar (tengah) menyampaikan sumbangan kuih dan duit raya kepada anak yatim ketika program Ihya’ Ramadan MBSJ bersama Media di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 25 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Sehingga April tahun ini telah mencatatkan sebanyak 202 liputan positif oleh pihak media. Terima kasih sekalung budi atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihya’ Ramadan MBSJ bersama Rakan Media 2022 di sini semalam.

Selain meraikan pengamal media, Johary berkata MBSJ turut menyantuni 20 anak yatim Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong dengan memberi sumbangan Aidilfitri sejumlah RM2,000.

“Turut disumbangkan produk minuman bernilai RM1,000 sumbangan Syarikat Marigold Food Service serta wang tunai hasil derma persendirian warga kerja MBSJ kepada anak-anak yatim ini.

“Diharap sumbangan ini memberi keceriaan dan kegembiraan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.


Pengarang :