Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) antara yang akan diperkenalkan dalam Karnival Jelajah Selangor Penyayang yang dijadualkan di Hulu Langat pada 19 Jun 2022. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Jelajah bantuan rakyat, Selangor Penyayang di Ampang pada 19 Jun ini

SHAH ALAM, 12 JUN: Program Jelajah Selangor Penyayang akan diadakan di daerah Hulu Langat bertempat di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun ini.

Menurut Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pelbagai aktiviti akan diadakan pada jelajah yang bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang itu.

“Rakyat Selangor sekitar Ampang, anda dijemput hadir ke Jelajah Selangor Penyayang di Padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun ini dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan jelajah bertujuan mempromosi inisiatif kebajikan rakyat bakal disertai 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Selain maklumat inisiatif, program tersebut turut diserikan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Pelaksanaan inisiatif membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.


Pengarang :