Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Jelajah Harapan Selangor di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar: Utamakan agenda bela nasib orang miskin, angkat darjat rakyat

KUALA LANGAT, 26 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan semua negeri supaya mengutamakan agenda membela nasib golongan kurang berkemampuan.

Ketua pembangkang berkata di Selangor sebagai contoh, semangat membela nasib orang miskin menjadi keutamaan pemimpinnya demi kepentingan dan kemaslahatan rakyat.

“Untuk menjadi pemimpin, yang pertama mestilah angkat darjat mereka (rakyat). Pemimpin kena bebaskan mereka dan jangan jadikan hamba. Seterusnya, pemimpin kena bela anak yatim dan orang miskin.

“Sebagai menteri besar, kena menjaga amanah dan kepentingan rakyat. Hendak naikkan martabat kena jaga masalah rakyat,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Harapan Selangor di Dataran Pantai Morib di sini, malam tadi.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata seseorang pemimpin dianggap gagal membawa perubahan jika terus mengabaikan nasib rakyat.

“Kita mahu bawa perubahan ke arah kebaikan, mengangkat darjat manusia dan ini yang sedang kita cuba lakukan.

“Naratif kita berbeza kerana Pakatan Harapan bercakap soal kemanusiaan, kita bercakap tentang mengangkat darjat manusia,” katanya.,” katanya.


Pengarang :