SHAH ALAM, 7 JULAI: Jualan Prihatin Rakyat Aidiladha akan diadakan serentak di dua lokasi iaitu Gombak dan Pandan esok.
Menurut Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) jualan akan bermula pada jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari di kedua-dua lokasi berkenaan.
“Jualan Prihatin Rakyat Aidiladha akan diadakan esok di Jalan GP2, Taman Gombak Permai serta belakang blok D dan E Pangsapuri Inai, Pandan Indah.
“Ia adalah hari terakhir jualan sebelum kita semua meraikan Hari Raya Aidiladha,” kata PKPS menerusi Twitter.
Produk yang ditawarkan adalah ayam (RM15 seekor), telur ayam gred B (RM12 sepapan), minyak masak (RM2 sepaket), daging pejal (RM35 sekilogram) dan ikan sejuk beku (RM8 sepaket).
Barangan sampingan lain turut dipasarkan seperti beras, beras pulut, ketupat mini, tepung, minyak masak botol dan gula.