Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said ketika majlis penutup program Pemukiman Sasterawan dan Karyawan sempena sambutan 50 tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada 15 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Anwar: Dedahkan anak muda dengan karya sastera berkualiti

PETALING JAYA, 15 JULAI: Kepimpinan negara disaran memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai kepentingan karya sastera tempatan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat pelbagai penulisan sastera yang boleh didedahkan kepada golongan muda khususnya penulisan sasterawan negara.

“Ini adalah satu hal yang membimbangkan kerana karya-karya besar seperti ditulis sasterawan negara seumpamanya itu memberi fokus penting bagi pembinaan dan percernaan tamadun.

“Kalau anak muda tidak terdedah, ini bukan salah mereka sebaliknya salah sistem pendidikan dan pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup program pemukiman sasterawan dan karyawan sempena sambutan 50 tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Hotel Le Meridien, di sini.

Majlis turut disertai tujuh Sasterawan Negara iaitu Datuk Seri Dr A Samad Said, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, Dato’ Dr Anwar Ridhwan, Dato’ Baha Zain, Datuk Dr Zurinah Hassan, Prof Datuk Dr Siti Zainon Ismail dan Dato’ Rahman Shaari.

Semalam, ketika hadir merasmikan majlis tersebut Dato’ Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri bercadang memberikan Anugerah Sasterawan Selangor kepada karyawan sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan.

Namun, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan anugerah itu dikhaskan kepada penggiat seni atau pengkarya yang layak serta banyak menyumbang kepada Selangor.


Pengarang :