Stadium Shah Alam yang menjadi ikon Selangor perlu menjalani proses baik pulih secara menyeluruh. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ilustrasi Stadium Shah Alam dipapar September, boleh beri maklum balas

SHAH ALAM, 16 JULAI: Orang ramai khususnya penduduk Selangor dipelawa berkongsi cadangan dan pandangan mengenai pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang meliputi stadium negeri.

Sebarang idea boleh disampaikan menerusi Facebook dan Twitter @KompleksSukanSA atau disalur dalam pameran awam yang dijadual berlangsung selewat-lewatnya pada September.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pameran berkenaan bakal memaparkan ilustrasi awal stadium dan kawasan sekitar rancangan pembangunan.

“Ia (ilustrasi awal) sudah siap cuma belum sempurna sepenuhnya sebab ada satu lagi elemen penting iaitu kejituan dan keselamatan bangunan. Jika benar-benar selamat, baru kita laksanakan strukturnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan rancangan membaik pulih Stadium Shah Alam yang dijayakan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) membabitkan kos RM787 juta.

Selain itu, Amirudin juga menegaskan tiada dana awam digunakan bagi projek tersebut yang dijadual siap pada 2026 berikutan pelaksanaannya bersifat perkongsian awam-swasta.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif MRCB Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan berkata pihaknya akan merangka pelan pembangunan projek berkenaan yang dijangka bermula pada awal tahun depan.

“Maklum balas orang ramai dialu-alukan supaya kita dapat kemuka cadangan yang mengambil kira kepentingan setiap pihak,” kata beliau.


Pengarang :