EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (tengah) bersama peserta program e-kelas usahawan Yayasan Hijrah Selangor dengan syarikat rangkaian telekomunikasi Maxis pada 20 Julai 2022. Foto Facebook Rodziah Ismail
AGENSISELANGOR

Hijrah tawar lima program latihan tingkat ilmu usahawan

SHAH ALAM, 1 OGOS: Usahawan bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berpeluang mengikuti program keusahawanan bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan mereka.

Agensi itu di Facebook memaklumkan lima program pembangunan berkenaan meliputi latihan keusahawanan, pengurusan ejen, rangkaian perhubungan, bimbingan perniagaan dan pengurusan kewangan.

Hijrah berkata usahawan yang berminat untuk menyertai mana-mana latihan berkenaan boleh melakukan prapendaftaran menerusi pautan https://docs.google.com/…/1FAIpQLSecN5Df2KRZcH…/viewform

Selain menganjurkan program keusahawan, Hijrah juga melaksanakan program kompas keusahawanan yang berperanan membantu usahawan meningkatkan hasil perniagaan.

Menerusi program itu, usahawan dibimbing bagi meningkatkan potensi diri supaya mempunyai hala tuju jelas dalam perniagaan yang sedang diusahakan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi tujuh skim pembiayaan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.


Pengarang :