EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian menjawab soalan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 2 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Program negeri buah hasil, makin ramai ada kesedaran jaga alam sekitar

SHAH ALAM, 2 OGOS: Tahap kesedaran rakyat Selangor dalam memelihara da memulihara alam sekitar berjaya ditingkatkan melalui pelbagai projek dan inisiatif negeri.

EXCO alam sekitar berkata pengetahuan, sikap dan tanggungjawab masyarakat juga semakin baik selain peningkatan kes aduan yang mencerminkan keprihatian orang ramai terhadap isu itu.

“(Perkembangan) ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat semakin tinggi dan secara tidak langsung menuntut penyelesaian segera oleh Kerajaan Negeri,” kata Hee Loy Sian dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Kota Damansara Shatiri Mansor, beliau berkata sebanyak RM2.48 juta dibelanja tahun lalu untuk mewujudkan persekitaran hijau yang dilaksanakan agensi negeri.

Menurut Loy Sian, peruntukan itu juga bagi menambah kefahaman ramai berkaitan alam sekitar yang akan diagih kepada pelaksana program mengikut permohonan.

Pada 14 Februari, sebanyak 128 organisasi dan persatuan dipilih menyertai Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Selangor bagi sesi 2021/2022.

Kesemua organisasi tersebut akan melaksanakan program yang memberi dampak kepada alam sekitar antaranya pembersihan sungai dan pantai, seminar pendidikan alam sekitar dan penanaman pokok.

 


Pengarang :