Petugas kesihatan mengambil sampel darah sempena program Selangor Saring di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Warga DUN Kota Anggerik disaran sertai saringan kesihatan percuma Ahad ini

SHAH ALAM, 10 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada Ahad.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata program Selangor Saring bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu diadakan di Dewan Rafflesia, Taman Bukit Subang.

“Program Selangor Saring bertujuan bagi melakukan pengesanan awal penyakit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser payudara, kanser prostat dan banyak lagi.

“Saringan kesihatan ini adalah percuma dan anda boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Warga DUN Kota Anggerik disaran hadir lakukan saringan,” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :