Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

Kemalangan di Lebuhraya Karak, LRA Langat 2 dihenti tugas sementara

SHAH ALAM, 11 OGOS: Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dihenti tugas sementara pada jam 4.30 pagi tadi susulan kemalangan berlaku di KM75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata langkah itu dibuat selepas pihaknya mengesan pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat insiden itu.

“Sejumlah 394 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada jam 10 pagi ini.

“Senarai penuh kawasan yang terjejas akan dikongsikan dalam masa terdekat ini,” katanya di Facebook.

Air Selangor berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden berkenaan dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Pengarang :