Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) selepas merasmikan Ekstival 25 di Pusat Konvensyen Kuis, Kajang pada 13 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang RM50,000 jayakan pesta konvokesyen Kuis

HULU LANGAT, 14 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang sejumlah RM50,000 kepada Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bagi penganjuran Ekstival 25 sempena konvokesyen.

Rektornya Prof Madya Dr Mohd Ravi Abdullah berkata sumbangan anak syarikat Kerajaan Negeri itu memberi makna besar sekali gus membolehkan pihaknya menjayakan program bermanfaat kepada pelajar.

“Pelajar Kuis ramai dalam kalangan asnaf. Jadi keprihatinan Kerajaan Negeri, MBI amat dihargai. Semoga Selangor terus maju dan dapat bantu pihak memerlukan,” katanya pada majlis perasmian Esktival 25.

Majlis dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Ekstival merupakan acara tahunan yang diadakan seiring penganjuran konvokesyen ke-25 Kuis bermula hari ini hingga 18 Ogos.

Antara acara diadakan ialah jualan, pameran buku, larian, pertandingan e-sukan, sukan rakyat, bacaan Al-Quran serta malam kesenian dan kebudayaan.

Kumpulan nasyid terkenal Raihan juga akan tampil membuat persembahan menghiburkan pengunjung.


Pengarang :