Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan Covid-19 ke panel khas ‘buffer tube’ untuk mengesan jangkitan virus dengan pantas menggunakan mesin analisa Standard F200 SD Biosensor ketika program Saringan Komuniti di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu naik kepada 3,429, sembilan lagi terkorban

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 kembali meningkat setelah dua hari berturut-turut mencatatkan penurunan dengan 3,429 kes direkodkan semalam.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, hanya enam kes membabitkan jangkitan dari luar negara sementara bakinya 3,423 dari penularan tempatan.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,741,413 kes.

Pada masa sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan 1 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,102 dan BID 7,672.


Pengarang :